IKLAN

Orang hebat!

Wednesday, August 18, 2010

Konvokesyen ke 24 POLIMAS


Alhamdulillah, pada tarikh 9 ogos 2010 bersamaan dengan 28 Syaaban 1431 Hijrah saya telah hadir ke Majlis Konvokesyen Ke 24 Politeknik Sultan Abdul Halik Mu'Adzam Shah (POLIMAS) di Jitra, Kedah.

Setelah tiga tahun menetap dan belajar di Jitra, akhirnya saya dan rakan-rakan berjaya menghadiri majlis konvokesyen yang pertama dalam hidup ini.


Oleh itu kami daripada Kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji) hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah dan warga Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah kerana telah banyak membantu dan membimbing kami semua.

Terutamanya kepada Encik Khairi bin Basri yang banyak berkorban untuk kami bermula dari hari pertama kami di POLIMAS lagi.

(Encik Khairi berdiri di tengah memegang beg berbaju oren.)

Semoga selepas ini kita semua menjadi insan yang lebih berguna untuk masyarakat dan juga agama.

Sekian, selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini dan berhati-hati ketika memandu.




4 comments:

nadia said...

Salam. Tahniah dah konvo. Ni rupanya gambar Ahmad Din :)

Newey, apa perancangan lps ni? Smbg study atau keje je?

Ariffuddin Sani said...

Alhamdulillah, Terima kasih Cik Nadia. Insyallah niat di hati mahu sambung lagi selepas ini.

Cuma masa dan tempatnya di mana saja yang masih lagi belum diketahui. :)

Aishah Malik said...

O.. thn depan maybe utem ade kos mekanikal loji :)

Ariffuddin Sani said...

Cik Aishah, saya akan mohon apabila dibuka permohonannya. :)

ahmad din