IKLAN

Orang hebat!

Wednesday, August 25, 2010

Hala Tuju Lepasan Diploma

Setelah Abu menamatkan pengajian diplomanya. Beliau kini mula berfikir apakah yang perlu beliau lakukan selepas ini. Barangkali perkara ini turut terjadi kepada tuan, dan cik puan yang sedang membaca blog ini. Sekarnag mari kita kupas persoalan ini, kemana hala tuju lulusan diploma.
Secara asasnya dan telah menjadi kebiasaan, selepas sahaja tamat diploma. Seseorang pelajar itu akan terus menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah. Tetapi kisah yang menggembirakan ini hanya akan berlaku kepada graduan yang cemerlang dan juga terpilih dikalangan yang terbaik keputusannya.
Bagi yang mendapat CGPA 3.5 ke atas adalah lebih cerah peluangnya untuk masuk ke IPTA menurut data yang dikeluarkan oleh National Higher Education Research Institute.
Sebaliknya bagaimana pula dengan graduan yang tidak mendapat tempat di IPTA untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dan seterusnya. Sebenarnya peluang masih lagi belum tertutup.
Para graduan masih boleh cuba membuat rayuan semua sekiranya masih lagi berhajat untuk masuk belajar di IPTA. Selain itu, para graduan turut boleh mengambil kursus jangka pendek yang dikelolakan oleh setiap negeri contohnya seperti INSTEP.
Dalam pada itu, graduan juga boleh menyambung pengajian di IPTS, yang banyak terdapat di Malaysia pada ketika ini. Sehingga tahun 2007 jumlah IPTS yang terdapat di Malaysia ialah sebanyak 525 buah IPTS.
Pilihan seterusnya ialah, graduan boleh juga masuk ke alam pekerjaan. Pada masa ini graduan harus menggunakan sebaik-baiknya waktu bekerja bagi memungut semua pengalaman bekerja yang sememangnya sangat penting pada masa ini.
Cadangan saya yang seterusnya ialah, graduan juga boleh mencuba untuk menjadi usahawan. Usahawan yang saya maksudkan ialah usahawan yang fokus dan juga mempunyai perancangan yang benar-benar ingin berjaya.
Akhirnya dipersilakan untuk memilih yang mana satukah pilihan hati. Selamat memilih jalan hidup anda.


2 comments:

Aishah Malik said...

pilihan encik din yg mane satu??

Ariffuddin Sani said...

Saya sudah membuat pilihan. Insyallah saya akan letakkan di blog ini jika pilihan itu dilayakkan kepada saya. :))

ahmad din