Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blogmatdin.blogspot.
Bagaimana perjalanan kita hari ini? Semuanya bermula dan berakhir dengan baik? Alhamdulillah jika jawapannya 'Ya'. Jika 'Tidak' jawapannya maka apa yang perlu kita buat mulai esok hari agar semuanya berjalan dengan lancar, teratur dan diserikan dengan sedikit masalah.
Hidup tanpa masalah ini ada ketikanya boleh membuat diri jadi gelisah. Jadi apa salahnya kita mencari sesuatu masalah dan cuba menyelesaikan kemudian. Kata orang, hidup tanpa masalah itu rugi dan hidup tidak indah tanpa masalah.
Tetapi apa yang ingin saya kongsikan ini bukanlah bagaimana caranya untuk mencari masalah yang terbaik. Kali ini ingin saya kongsikan apakah tindakan yang boleh kita ambil pada setiap pagi supaya kita bersedia hadapi apa juga masalah dengan tenang, yakin, dan menjadi orang yang kaya.
Baiklah apakah yang boleh kita lakukan diawal pagi sebelum mula ke sekolah, bekerja, dan bertemu dengan orang ramai?
"Bapakmu dulu bilang, kalau habis solat subuh, kita tidur lagi. rezeki mu hilang dipatuk ayam.” Petikan daripada dialog yang dilontarkan oleh ibunya Azzam di dalam Ketika Cinta Bertasbih 2.
Makanan rohani sudah kita siapkan sekarang mari beralih kepada makanan jasmani. Dengan bersenam kita dapat mencergaskan kembali akal kita untuk berfikir setelah tidur selama beberapa jam. Situasinya sama seperti kita memanaskan enjin kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Jika tidak, jangka hayat enjin menjadi pendek.
Bagaimana pula dengan makanan perut? Ya, kita perlu mengambil sarapan setiap pagi. Dengan bersarapan kita akan mendapat tenaga untuk melakukan kerja. Selain itu, dengan bersarapan juga kita boleh menjadi langsing dan kurus. Tidak percaya?
Selain daripada semua di atas kita juga harus memulakan hari yang indah dengan senyum. Senyum di hadapan cermin dan puji orang yang dilihat di dalam cermin itu.
Itu sahaja setakat ini. Ada apa-apa soalan hendak ditanya?
“Bagaimana jika saya mahu kaya?”
“Mudah sahaja. Amalkan solat dhuha setiap hari. Sepanjang pengetahuan saya, kebanyakan orang yang berwang atau berduit atau kaya mereka mengamalkan solat dhuha dalam kehidupan seharian. Dan yang lebih penting teruskan berusaha tanpa henti. Angan tanpa usaha merugikan kita.”
Insyallah kita akan kaya dengan senyuman sepanjang hari walaupun ada masalah/pengalaman hidup. /=_=\
p/s : Aisyah berusaha untuk membantu keluarganya yang sedang dalam kesusahan dan akhirnya keluarganya berjaya keluar dari hidup yang mendesak.
2 comments:
info yg bagus
Terima kasih Cikpuan POSH. Jom senyum. /=_=\
Post a Comment