Mat Din ada terbaca dalam update facebook seorang teman. Katanya kalau melihat muka bayi kecil. Stress, beban di kepala, beban di bahu, sakit-sakit badan semuanya boleh hilang dengan automatik. Katanya sebab bayi ini masih lagi tiada dosa.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Tapi ada satu yang Mat Din amat kesalkan. Kebelakangan ini banyak berita yang disiar di akhbar dan television mengenai jenayah membuang bayi. Mat Din tidak dapat membaca apa yang ada di dalam pemikiran dan otak mereka-mereka yang dengan senang hati membuang bayi yang dikandung itu.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Mat Din jangkakan tidak lama lagi di muka depan akhbar pasti akan keluar berita yang bertajuk "Ayah dibuang anak" dan "Ibu dibuang anak". Lalu apabila disoalsiasat anak yang membuang ayah dan ibu itu jawapan yang akan diberikan ialah "Dahulu mereka buang saya di masjid, di tong, di tangga rumah."
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Sedarlah bukan sepanjang masa kita akan berada di atas. Ada masanya kita akan ada di bawah kembali. Semoga mereka yang membuang bayi itu kembali ke pada Allah dan berilah balasan yang setimpal kepada mereka.
2 comments:
sy suka post ni!! baby inesen!! =)
Enchaoz : Cik Aishah, post ini wujud sebab hampir setiap hari ada sahaja berita orang yang membuang bayi. Amat menyedihkan...
Post a Comment