"Peningkatan obesiti di kalangan rakyat Malaysia meningkat sehingga 250%."Buketin utama sebentar tadi telah menyiarkan satu berita mengenai peningkatan gejala obesiti di kalangan rakyat Malaysia. Angka peningkatan yang diumumkan menunjukkan sehingga 250% yang telah terjerumus dengan obesiti ini.
Obesiti yang sebenarnya bermaksud masalah berlebihan berat badan yang berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang tanpa had serta tidak melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. (fuh Mat Din semalam telah berpeluh dengan banyak selepas main badminton dengan kawan dari tadika di Pantai Dalam lagi dari jam 8pm sampailah jam 10pm.)
Seorang doktor yang pernah Mat Din temui menyarankan kita supaya melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh dan tidak mendatangkan stress. Beliau mencadangkan supaya bermain badminton. Kata doktor itu, jika kita berjoging kita akan letih malah peluh yang keluar juga sedikit. Melainkan jika kita berjoging dengan jarak yang jauh.
Akhirnya doktor itu mencadangkan supaya lelaki itu bermain badminton. Doktor itu berkata jika main badminton kita sudah pasti akan dapat memukul bulu tangkis itu. Stress juga dapat dilepaskan semasa memukul bulu tangkis (smash). Badan juga pasti akan lencun dengan peluh disebabkan bermain badminton dan juga keadaan dewan yang panas!
Skuad Piala Thomas 1992.
Iklan : Piala Thomas 2010 akan berlangsung dari 9-16 Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Tips penulisan
Saturday, April 10, 2010
Obesiti semakin berleluasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment