IKLAN

Orang hebat!

Saturday, March 13, 2010

Mat Din minta maaf.

Mat Din meminta maaf kerana blog ini sepi daridapa dikemaskinikan. Tetapi Mat Din mempunyai beberapa sebab yang menghalang daripada meletakkan post terbaru di blog yang hijau ini.

Sebab yang utama ialah pada pagi jumaat lepas Mat Din dan sahabat-sahabat yang lain telah berkonvoi pulang ke rumah dari Jitra untuk bercuti. Kami semua pulang ke kampung halaman bersempena dengan cuti semester yang bermula pada jumaat lepas. Oleh sebab keletihan dan hampir seharian berada di atas lebuhraya PLUS. Mat Din tepaksa membantutkan jari ini daripada mengetuk papan kekunci dan mengemaskinikan blogmatdin.blogspot.


Insyallah selepas ini Mat Din akan meletakkan post terbaru di blogmatdin.blogspot ini. Untuk makluman semua juga hari ini bermula dari pagi tadi sehingga ke petang Mat Din telah menyertai satu program anjuran ILUVISLAM.COM. Insyallah, Mat Din juga akan kongsikan juga segala dapatan yang telah diperolehi daripada program itu.

Disebabkan hari ini hari sabtu, maka mat din akan ke rumah nenek bertemu dengan sepupu-sepupu dan makcik, pakcik dan juga bertemu dengan nenek.

p/s : Program untuk esok ialah pergi ke PWTC untuk menemani kawan. Bila masanya nak kemaskini blog?

No comments:

ahmad din