IKLAN

Orang hebat!

Thursday, March 11, 2010

Keputusan SPM 2009

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog Mat Din.

Apa khabar kita hari ini? Semoga semuanya sihat can ceria. Baiklah, hari ini mengikut berita yang telah disampaikan sepatutnya akan diumumkan keputusan SPM untuk tahun 2009.

Kepada yang telah berpengalaman mengambil keputusan SPM pasti mereka semua sudah faham benar bagaimana perasaannya sebelum, semasa, dan selepas dapat memegang slip keputusan SPM tersebut.

Bagi yang hendak mengambil keputusan SPM sebentar lagi. Mat Din hendak mendoakan supaya
keputusan yang diperolehi itu nanti adalah keputusan yang terbaik yang pernah diterima. Walaubagaimanapun, jika tidak mencapai target marilah kita didik diri kita supaya menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

Cikgu Mat Din pernah berkata bahawa SPM bukanlah segala-galanya. Sekiranya kita kurang berjaya dalam SPM maka kita perlu mencari kejayaan itu di tempat lain seperti di universiti contohnya.

Tahniah kepada yang mendapat keputusan yang diidam-idamkan, kepada yang kurang berjaya carilah kejayaan di tempat lain kerana gagal sekali bukannya bermakna kita gagal selama-lamanya. Ubah gaya hidup, pedulikan pandangan orang.

SPM bukanlah penamat kepada hidup ini, masih banyak dan panjang lagi laluan dan perjalanan yang harus ditempuhi.

p/s : Teringat bagaimana hati ini berdebar semasa hendak mengambil slip keputusan SPM.
Sangat seram!!!


7 comments:

Cik Ecah said...

hehehehe good luck la yer walaupun dah lame lepas :P

Arra JaSmY said...

btul3.ada org yg gagal spm tapi still boley berjaya.yg penting usaha mesty ada.:)

Arra JaSmY said...

btul3.ada org yg gagal spm tapi still boley berjaya.yg penting usaha mesty ada.:)

ahmad din said...

Cik Ecah : Ya, good luck kepada semua yang ambil keputusan SPM hari ini dan yang telah ambil bertahun-tahun yang lepas. :)

ahmad din said...

Arra JaSmY : Betul, sudah ramai tokoh yang berjaya dalam hidup dan kerjaya walaupun tidak cemerlang dalam peperiksaan. Yang penting usahanya perlu dilebihkan. :)

Anazkia said...

Assalamu'alaikum.. salam ziarah :) ini penulis yah? wah, tahniah senang bisa berkenalan. Nanti ke pesta buku nggak? *semoga saya bisa bertemu* sepertinya lucu yah judul novelnya.Owh ya, kayaknya suka baca buku HM Tuah yah?

ahmad din said...

Anazkia : Waalaikummussalam. Ya saya Mat Din dan baru sahaja belajar menulis.

Insyallah, saya juga akan hadir ke pesta buku di PWTC itu nanti. Lapang-lapangkan masa ke pesta buku itu nanti ya. :)

ahmad din