Assalamualaikum dan selamat membaca di blogmatdin.blogspot
Pada pagi tadi seawal jam 9.00 pagi Mat Din dan dua orang pembantu peribadi telah menerjah PWTC. Kami ke sana untuk merasmikan pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang bermula pada hari ini.
Perjalanan dari rumah kami adalah dengan menaiki kereta yang telah berjaya dipinjamkan daripada ibu Mat Din (terima kasih mak bagi pinjam kereta, maaf tadi lupa isi minyak). Kenderaan kami di letakkan di atas hentian putra yang teletak bersebelahan dengan bangunan PWTC. Bayarannya RM 3.00.
Destinasi pertama kami adalah di booth PTS yang terletak di seberang sungai yang indah dan permai! Kami melintasi sungai yang indah itu dengan melalui satu laluan berbumbung. Tiba sahaja di seberang sungai iaitu di Dewan Tun Razak kami terus masuk menerjah booth PTS. Alhamdulillah masih belum sesak.
Selepas itu Mat Din kemudiannya bertemu dengan Cik Shiela (editor yang berdedikasi, hehehe. Cik Shiela memang hebat). Mat Din juga turut menemui Cik Ann (editor yang telah memberikan taklimat mengenai projek usahawan cilik kepada Mat Din) di kaunter pembayaran. Selain itu Puan Ainon selaku Dekan di Universiti PTS turut kelihatan di booth PTS. Editor-editor dan pegawai-pegawai PTS yang lain juga turut kelihatan berlegar-legar di sana.
Dalam pada itu Mat Din dan juga dua orang pembantu peribadi telah mengambil satu bakul yang disediakan pihak PTS lalu bakul itu diisi dengan beberapa buah buku-buku dan juga komik-komik yang diterbitkan oleh PTS.
Siap membuat bayaran, kami bertiga menyeberangi semula sungai yang 'indah' itu kembali menuju ke Dewan Utama PWTC. Di sana pula Mat Din menemani pembantu peribadi Mat Din untuk bertemu dengan penulis buku yang diminatinya. Dalam perjalanan ke sana, kami terpaksa menempuhi kesesakan lautan manusia yang sedang bercinta. Bercinta dengan buku. :)
Selesai sahaja membeli-belah. Mat Din dan juga pembantu peribadi menuju semula ke hentian putra untuk kembali pulang ke rumah.
Eh, ada diskaun. :)

p/s : maaf, Mat Din tidak dapat memuatnaikkan gambar-gambar yang lain di sini akibat masalah teknikal.
3 comments:
Follow me on my blog for my updates! :) have a good day!!
byknyer buku ko beli din. -amirul-
amirul : ha itu semua campur buku aku dengan adik-adik aku sekali. Nanti gambarnya akan di siarkan :)
Post a Comment