IKLAN

Orang hebat!

Thursday, March 18, 2010

Syahadat Cinta Talentime Adik-Adikku



Assalamualaikum dan selamat datang ke blogmatdin.blogspot.

Tajuk Mat Din hari ini adalah Syahadat Cinta Talentime Adik-Adikku. Apa itu sebenarnya Syahadah Cinta Telentime? Sebenarnya ia adalah merupakan tajuk dua buah filem yang telah Mat Din tonton pada petang tadi. Kedua-dua filem ini meletakkan cinta sebagai isi penting di dalam perjalanan ceritanya.

Wah, kenapa Mat Din berbicara mengenai cinta di malam jumaat ini?


Sebenarnya tiada sebab apa-apa. Cuma Mat Din baru sahaja berpeluang menonton filem yang sudah lama di tayangkan itu.

Filem Talentime sebenarnya tidak boleh ditonton, sahaja. Tetapi kita juga perlu berfikir bersama setiap dialog dan pergerakan yang dilakonkan oleh pembawa watak di dalamnya.

Filem yang kedua ialah, Syahadah Cinta. Filem ini adalah berasaskan novel yang ditulis oleh Novelis Taufiqurrahman Al-Azizy. Jalan cerita Filem Syahadah Cinta itu sangat mengesankan ketika menontonnya dan juga apabila membaca novelnya yang sebenar.

Novel Syahadat Cinta itu adalah novel trilogi yang pertama sebelum Musafir Cinta, dan juga Makrifat Cinta. Novel-novel ini telah diterjemah dan diterbitkan oleh PTS.

Jadi apa pula kena mengena Syahadat Cinta Talentime dengan Adik-Adikku?


Adik-Adikku yang Mat Din maksudkan di atas adalah satu program realiti tv yang amat wajar untuk ditonton seisi keluarga terutamanya kepada semua 'adik-adikku'. Malam tadi telah diumumkan juara dan pemenang pertama program realiti tv itu. Insyallah daripada penyampaian tadi boleh dilihat Malaysia ini rupanya tidak ketandusan pemimpin. Tahniah kepada peserta dan juga pemenang.

Insyallah itu sahaja buat masa ini. Asalamualaikum.



Booth PTS terletak di Dewan Tun Razak 2 (seberang sungai)



p/s : Esok pesta buku akan bermula di PWTC. Jangan lupa singgah di booth PTS di seberang sungai. Cari belon merah! :)

No comments:

ahmad din