IKLAN

Orang hebat!

Friday, February 12, 2010

Tahun baru cina. (Harimau)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tulisan kali ini adalah untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada masyarakat cina. Perayaan ini diraikan oleh masyarakat cina di Malaysia dan di seluruh dunia. Bersempena dengan perayaan ini juga setiap rumah masyarakat cina akan dihias dan diserikan dengan hiasan yang melambangkan keamanan, kemakmuran dan keberuntungan.

Selain daripada itu, perayaan tahun baru ini juga tidak akan lengkap jika tiada penglibatan limau mandarin. Warna keemasan limau mandarin adalah perlambangan kepada limpahan kekayaan. Tambahan kepada keceriaan perayaan ini adalah penyertaan bunga-bungaan dan tanglung-tanglung yang berwarna merah untuk mewujudkan suasana perayaan Tahun Baru Cina.


Gong xi fa chai bermaksud, "Tahniah dan semoga mendapat rezeki."


Dalam pada itu, tradisi makan besar juga adalah salah satu acara terpenting. Antara aktiviti yang dibuat semasa acara makan besar ialah menggaul Yee Sang. Ramuan yang terdapat di dalam hidangan Yee Sang ialah diantaranya ikan mentah, mee, dan beberapa pembuka selera yang lain.


Selamat tahun baru cina dan selamat bercuti kepada yang bercuti. Berhati-hati di jalan raya dan di mana sahaja. Ingat orang tersayang, sayangi diri, sayangi keluarga.


Sumber daripada sini dan sini








4 comments:

Aishah Malik said...

encik din..
xin nian kuai le!

(selamat tahun baru cina!)

Ariffuddin Sani said...

Selamat juga Cik Ecah. Hati-hati di jalan raya.

Aishah Malik said...

bukan kat jalan raya la encik arif, tapi landasan ktm.. :P

Ariffuddin Sani said...

Landasan KTM insyallah selamat. Yang pasti masa lapang di dalam KTM dapat dipenuhkan dengan membaca apa sahaja bacaan. (boleh juga baca Aishah dan Roti Canai). =)

ahmad din