IKLAN

Orang hebat!

Sunday, February 14, 2010

Roti canai sardin vs valentine.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blogmatdin.com dan juga kepada pembaca Aisyah dan Roti Canai. Apakah sarapan yang diambil pada pagi tadi? Sarapan saya pada hari ini adalah roti sardin bawang dan dicecah kuah kari. Cara membuat roti canai sardin ini tidak ada bezanya dengan roti canai biasa. Cuma sebelum dimasak di atas kuali sedikit sardin, bawang dan telur digaul bersama sebelum dituang dan dibalut.

Selesai sahaja makan saya kembali pulang ke rumah dan membuka komputer untuk meneruskan kerja menyiapkan kerja menaip manuskrip (yang masih belum siap-siap). Dalam pada itu sempat juga melihat-lihat cerita-cerita berkaitan valentine. Apa sahajalah yang menariknya dengan valentine itu sehingga ramai yang meraikannya. Ingin tahu apa sebenarnya cerita di sebalik valentine? Sila berkunjung ke sini.

*Sambut valentine anda rugi, makan roti canai anda kenyang. =)








3 comments:

Cik Ecah said...

birthday si dia hari ni...... -_-

ahmad din said...

Selamat hari jadi kepada si dia. Adakah si dia peminat roti canai? =)

Cik Ecah said...

saya tak tahu...... -_-

ahmad din