Kemaskini berita : Alhamdulillah. Amaran tsunami di perairan Sabah dan Malaysia telah ditarik balik oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Sumber.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blogmatdin.blogspot.
Apa khabar kita pada hari ini. Semoga sentiasa ceria, sihat, dan bahagia dengan orang yang tersayang. Hari ini mat din hendak memberikan amaran kepada orang Sabah.
Maaf jika ada yang tersalah sangka dengan maksud ayat di atas. Sebenarnya mat din memberikan amaran tersebut dengan merujuk kepada berita di sebuah akhbar elektronik. Menurut akhbar itu, di Chile telah berlaku satu gempa yang berukuran 8.8 skala ritcher.
Gempa itu telah menyebabkan timbul kebimbangan akan berlaku laut bergelora dan peningkatan paras laut. Hal ini kerana lima belas jam selepas gempa yang berlaku itu telah menyebabkan pantai Chile, wilayah barat French Polynesia, dan kepulauan Chatham di New Zealand dilanda ombak tsunami.
Oleh itu kita semua perlu sentiasa bersedia melengkapkan diri dengan iman yang mantap supaya kita sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan.
p/s : Pesanan untuk diri sendiri dan juga pembaca blogmatdin.blogspot
Sumber dari sini.
4 comments:
kena berhati-hati...
ya benar kata ijad itu. Kita perlu sentiasa berhati-hati dan peka dengan berita semasa.
seram je dgr berita pasal tsunami td. dah la semalam mandi pantai kt penang.huhu.alhamdulillah takde apa2.
salam ziarah,nuff tdo :|
Syukur tiada apa yang terjadi. Tapi amaran tsunami itu telah ditarik balik oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Alhamdulillah semuanya selamat. :)
Post a Comment