IKLAN

Orang hebat!

Wednesday, June 17, 2009

Ragut

Beberapa hari yang lalu, saya telah meronda dengan menaiki motorsikal ke Petaling Jaya. Tempat yang di tuju adalah berhampiran dengan bangunan yang telah runtuh dan telah mengorbankan beberapa orang. Bangunan tersebut ialah Jaya Supermatket.






Semasa sedang melalui jalan yang berhampiran dengan runtuhan bangunan itu, terdapat dua orang gadis yang berjalan melawan arus dengan pergerakan saya. Ketika saya sedang memerhati di hadapan. Salah seorang daripada gadis itu telah mengalihkan beg tangannya ke tangannya di sebelah. Kemudiannya gadis itu memerhatikan saya sehinggalah saya telah melepasi mereka berdua.


Sikap gadis itu membuatkan saya kelihatan seperti mahu meragut beg tangannya yang mungkin akan mencederkannya. Namun demikian bukanlah itu niat saya yang sebenarnya. Tetapi langkah gadis itu mengalihkan beg tangannya telah menarik perhatian saya dan sikap gadis itu harus di ikuti oleh semua yang berjalan dengan membawa beg tangan di luar sana.


Kemudiannya, sewaktu menemani kawan untuk memenuhi jemputan kenduri temannya di Kelang. Persatuan penduduk di sana telah memasang beberapa kain rentang yang dituliskan diatasnya supaya berhati-hati dengan kehadiran peragut yang kebelakangan ini telah mengorbankan insan yang tidah bersalah.


Kedua-dua situasi ini wajar dicontohi oleh kita semua untuk memastikan kampung, taman-taman perumahan, bandar, dan Malaysia seterusnya bebas dari ancaman penjenayah. AWAS! Mereka sentiasa menanti peluang yang dicipta oleh kita sendiri.

No comments:

ahmad din