IKLAN

Orang hebat!

Tuesday, September 13, 2011

UPSR

Selamat menjawab peperiksaan kepada semua calon UPSR.

Teringat waktu saya mengambil peperiksaan UPSR. Beberapa bulan sebelum mula peperiksaan ayah sudah mula menghantar saya mengikuti kelas tuisyen. Tidak lama selepas itu, saya mula berpuasa daripada menonton televisyen.

Alhamdulillah keputusan yang keluar baik dan kena pada usaha yang dibuat.

Zaman ini cabarannya pasti lebih hebat. Kerana waktu saya sedang mengambil UPSR rancangan televisyen yang menarik pada waktu itu hanyalah rancangan 'Senario'.

Tidak ada facebook, blog, dan games yang hebat-hebat seperti sekarang ini. Contoh games yang pada saya hebat seperti farmville dan angry birds. Farmville itu sedikit sebanyak telah mempengaruhi keputusan saya sewaktu di politeknik.

Moga-moga pengorbanan kawan-kawan yang telah berusaha gigih membuat ulang kaji, menghadiri kelas tambahan dan membuat peta minda yang berwarna warni mendapat keputusan yang terbaik dan setimpal dengan usaha yang telah dilakukan.

Selamat menjawab soalan. Selamat menjadi kreatif. Selamat hari raya. :D

Kaunter pertanyaan di sini.

4 comments:

Anonymous said...

mujur saya tidak gemar bermain 'games'

ahmad din said...

Anonymous said | Boleh saja jika mahu bermain games. Asalkan semua kerja sudah disiapkan dan masukan aktiviti bermain games dalam jadual aktiviti. :D

Story Of March said...

salm .saya ada beli buku awak AISYAH DAN ROTI CANAI . :D

ahmad din said...

Story Of March | Terima kasih. ^_^

Moga buku itu bermanfaat dan membantu awak mencapai impian dan cita-cita, insyallah.

Boleh 'add' "Ahmad Din" dan "Aisyah dan Roti Canai" di facebook. ^_^y

ahmad din