IKLAN

Orang hebat!

Sunday, June 19, 2011

Tangunggjawab, Amanah dan Biskut.

Sewaktu mengikuti satu program pengawas di sekolah rendah. Saya dan rakan-rakan telah diperkenalkan dengan beberapa istilah yang tidak pernah ada dalam kamus perbendaharaan kami pada masa itu.

Antara istilah dan perkataan yang diperkenalkan kepada kami ialah amanah dan tanggungjawab. Untuk kenal dengan lebih rapat kedua-dua perkataan itu kami telah diberikan satu tugasan. Tugasannya ialah kami diberikan sekeping biskut setiap seorang, dan kami perlu memastikan setiap biskut itu tidak hancur, terpatah, atau dimakan sehingga tamat program.

Di penghujung program, beberapa orang peserta yang patah biskutnya telah dilabelkan sebagai tidak amanah dan tidak bertanggunjawab. Disebabkan itu ada dikalangan kami yang protes (secara senyap-senyap).

Pada fikiran kami waktu itu biskut hanyalah biskut dan tidak ada perkaitan langsung dengan persoalan amanah dan tidak bertanggungjawab. Namun setelah bertahun-tahun barulah saya sedar, tanggungjawab dan amanah itu bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan.

Kita perlu bertanggungjawab terhadap setiap ayat yang kita lafazkan dan tulisan yang telah kita catatkan.

Jika kita menjadi pemimpin, kita perlu bertanggungjawab terhadap semua orang yang berada di bawah jagaan kita.

Jika kita menjadi pelajar kita perlu bertanggungjawab terhadap masa dan keputusan peperiksaan kita.
Jika kita menjadi manusia kita perlu bertanggungjawab terhadap semua amalan dan urusan yang telah kita lakukan di bumi ini.
Meskipun kita diberi amanah sekeping biskut. Kita perlu bertanggugjawab terhadap apa sahaja yang terjadi kepada biskut itu.

2 comments:

khairunnisa.bohari said...

Biskut saya tak pecah. Tapi ada garis rekah. Mujur tak terus patah.

[biskut 'cracker' segi empat]

Ariffuddin Sani said...

Tepat sekali, biskut segi empat. :D

ahmad din