IKLAN

Orang hebat!

Saturday, October 9, 2010

Tips Merealitikan Impian dan Cita-cita

Assalamualaikum kepada semua bakal-bakal Tan Sri, Datuk-datuk, para engineer, doktor, wakil-wakil rakyat, peguam, bakal juruterbang, para usahawan dan juga kepada semua bakal jutawan. Semoga saudara-saudari semuanya dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk mengharungi kehidupan ini.


Setiap daripada kita pasti mempunyai satu impian ataupun sesuatu yang dicita-citakan semenjak kita kecil. Barangkali impian kita itu terbit setelah kita melihat kejayaan orang di sekeliling kita, melalui pembacaan di akhbar, buku-buku dan juga majalah.


Namun, sedarkah kita bahawa setiap impian itu kita pasti boleh menzahirkannya selagi mana kita sentiasa berusaha dan juga terus berdoa supaya ia menjadi realiti. Apabila kita melihat kepada sejarah yang lalu, setiap kali seorang nabi menimpa sesuatu ujian dan dugaan. Mereka akan menadah tangan dan memohon doa dan meminta apa sahaja dari Allah.

Begitu juga sama halnya dengan kita, sekiranya kita menginginkan sesuatu. Kita harus sentiasa meminta dari Allah dan dalam masa yang sama usaha yang berlipat ganda juga haru kita susuli. Doa yang diiringi dengan usaha yang berganda-ganda akan memungkinkan kita untuk memperolehi apa yang amat kita hajati itu.

Oleh itu mulai saat ini kita harus mengambil kertas-kertas dan juga pen bagi mencatatkan apa impian dan perancangan kita pada masa hadapan. Kita harus menguasai perjalanan hidup kita mulai dari sekarang. Jika tidak kita akan menyamai dengan ayat yang sudah biasa kita dengar iaitu,

"Sekiranya kita tidak merancang untuk berjaya, maka kita sedang merancang untuk gagal."

Langkah-langkah yang harus kita buat ialah :
1. Kenalpasti terlebih dahulu apa bakat dan kebolehan yang kita miliki.
2. Kita dalami ilmu seluas yang mungkin, kerana hidup tanpa ilmu seumpama kenderaan yang tidak mempunyai jurupandu.
3. Catatkan segala kemahuan yang kita hajatkan dan tampal di tempat-tempat yang mudah untuk di lihat agar ia dapat meningkatkan semangat kita bagi mencapai cita-cita tersebut.
4. Pastikan setiap hari kita membaca impian dan cita-cita yang telah kita catatkan itu.
5. Berusaha dengan sesungguhnya bagi mencapai impian kita.
6. Berdoa dan meminta restu daripada ayah dan ibu serta seluruh keluarga supaya mereka juga akan sentiasa mendoakan kita.
7. Bertawakkal kepada Allah, sekiranya kita masih belum lagi mendapat apa yang kita mahukan, kita harus menyemak kembali adakah kita sudah meninggalkan sesuatu yang amat penting dalam hidup kita.

Sekian, semoga Allah membantu kita bagi mencapai segala hajat dan impian yang telah kita catatkan.



ahmad din