IKLAN

Orang hebat!

Thursday, September 23, 2010

UPSR 2010 sudah tamat.

Alhamdulillah, pada masa dan ketika ini ramai adik-adik yang mengambil UPSR 2010 dapat menarik nafas lega. Semoga selepas peperiksaan ini tamat, adik-adik semua dapat meluangkan masa dengan perkara yang bermanfaat dan sihat.

Selepas tamat mengharungi alam persekolahan selama enam tahun, perkara yang perlu dilakukan ialah mengucapkan terima kasih kepada semua guru. Mereka para guru telah banyak mengajar, mendidik dan juga memberikan ilmu supaya kita menjadi insan yang terbaik.

Oleh yang demikian, jasa dan pengorbanan guru ini harus kita kenang dalam setiap kali kita berdoa. Doakan kesejahteraan dan kesihatan mereka setiap kali selepas selesai kita bersolat.

Seterusnya, bagi adik-adik yang berhasrat untuk menjalani alam sekolah menengah. Sekarang adalah masa yang terbaik untuk adik-adik menjalani latihan praktikal di rumah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah membasuh pakaian, menjemur, dan melipat pakaian.

Selanjutnya gunakan masa selepas ini dengan aktiviti yang dapat memberikan kita ilmu dan pengalaman yang berharga.

Oh ya, tidak lama lagi saya akan sebarkan satu aktiviti yang dapat mengisi masa lapang selepas tamat UPSR ini. Tunggu.... :)



No comments:

ahmad din