Tips yang akan dibaca di bawah ini Mat Din ambil dari blog Universiti PTS. Kepada yang berhasrat untuk menjadi penulis dan menjadikan penulisan sebagai kerjaya sepenuh masa bolehlah mengambil dan mengaplikasikan dalam kerja menulis Tuan/Puan/Cik/Encik. ^_^
Teori 'Long Tail' oleh Chris Anderson diamalkan oleh syarikat PTS bagi memasuki, dan kemudian berjaya mendominasi, pasaran buku-buku Melayu yang dijual di dalam kedai-kedai buku.
Teori Long Tail (LT) ini menghasilkan strategi di mana PTS menerbitkan banyak judul, di mana jualan setiap judul itu tidak diharapkan dapat mencecah puluhan ribu naskhah, namun disebabkan PTS menerbitkan banyak judul, maka hasilnya jualan buku-buku PTS mencecah ratusan ribu naskhah.
PTS sangat mendorong supaya para penulis PTS juga mengamalkan teori dan strategi Long Tail ini. Maknanya, PTS mahu supaya penulis-penulis PTS menulis banyak judul, sehingga apabila digabungkan, jualan buku-buku mereka akan mencecah puluhan ribu naskhah, malah ratusan ribu naskhah.
Ada peribahasa Tamil yang maksudnya serupa dengan teori LT. (Sebatang pokok getah takkan menjadi sebuah estet.)
Sambungannya di sini
No comments:
Post a Comment