IKLAN

Orang hebat!

Friday, June 25, 2010

Peraduan Mengulas Buku PTS

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharapkan semoga Datuk/Datin/Tuan/Puan/Cik/Encik/Adik/Abang/Kakak sekalian sentiasa ceria dalam rahmat Allah.

Hari ini adalah hari jumaat bersamaan 13 Rejab 1431 Hijrah. Ini bermakna tidak lama lagi kita akan menyambut ketibaan Ramadhan yang mulia. Insyallah mohon dipanjangkan umur untuk bertemu di bulan yang penuh dengan rahmat itu.

Baiklah sekarang mari kita kembali kepada tajuk asal. Pengumuman kepada semua peminat tegar buku-buku terbitan PTS!

Di sini Mat Din hendak menghebahkan satu peraduan yang dianjurkan oleh PTS iaitu Peraduan Mengulas Buku PTS. Peraduan ini bermula daripada 27 Jun hingga 31 Julai 2010.

Peraduan ini boleh disertai selagi menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Terutamanya ialah bagi mereka yang banyak memiliki buku-buku terbitan PTS dan sudah boleh menubuhkan perpustakaan PTS di rumah. :D

Kepada yang hendak menyertai peraduan ini Mat Din ada satu tips yang paling mustajab. Tetapi Mat Din ingin ingatkan supaya jangan sampai tips ini diketahui oleh orang lain.

Tipsnya ialah pastikan setiap ulasan yang dibuat harus menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan jauhkan dari mengulas dengan bahasa pasar/rojak/campur. Supaya sekiranya ada orang dari Jepun atau Korea yang hendak membaca ulasan kita mudah untuk mereka faham jika diterjemahkan oleh Encik Google. ^_^

Jangan lupa untuk sertai peraduan ini dan mengulas buku Aisyah & Roti Canai. Sekian, terima kasih.
^_^

2 comments:

rahmahmokhtaruddin said...

Ya, saya sudah menyertainya!

Ariffuddin Sani said...

Cik Rahmah : bagus, saya sedang memilih buku yang hendak diulas. :)

ahmad din