IKLAN

Orang hebat!

Thursday, June 3, 2010

Alhamdulillah Rakyat Malaysia Selamat.

Alhamdulillah rakyat Malaysia yang ditawan israel zionis laknatullah telah selamat dan kini berada di Jordan.

Agenda Awani semalam menyiarkan pengalaman wartawan astro awani ketika ditawan. semua mereka yang ditawan digari tangan. Warga emas dalam lingkungan 70 tahun turut mendapat layanan yang sama iaitu layanan seperti banduan.

Makanan sepanjang masa tahanan ialah timun, roti, air kosong. ketika merampas kapal Mavi Marmara israel zionis menggunakan peluru hidup (Menyerang menggunakan senjata kepada orang yang berniat baik menunjukkan zionis israel ini sangat pengecut. Berhadapan dengan aktivis keamanan menggunakan senjata.).

Di dalam berita yang Mat Din tonton semalam. Kezaliman zionis israel laknatullah yang menawan Mavi Marmara di perairan antarabangsa itu telah menaikan semangat para aktivis kemanusiaan yang ditawan. Jika layanan yang sedemikian diberikan kepada aktivis keamanan. Sudah pasti warga Palestin yang sudah bertahun-tahun dikurung dalam penjara terbesar di dunia itu pasti lebih terseksa.

Semoga Allah merahmati mereka yang telah terkorban dalam misi kemanusiaan ini dan dipohonkan agar seluruh manusia sejagat bersatu supaya zionis israel ini menjadi lemah.

No comments:

ahmad din