IKLAN

Orang hebat!

Tuesday, May 25, 2010

Ulu Legong.

Alhamdulillah semuanya telah sempurna. Minggu ini Mat Din dan rakan-rakan kelas baru sahaja tamat menjawab soalan peperiksaan. Oleh itu kami semua secara tidak rasmi telah menamatkan zaman pembelajaran sepanjang tiga tahun ini. Banyak yang Mat Din pelajari selama berada di Utara Malaysia ini.
Malam tadi kami semua pergi ke Ulu Legong. Di sana terdapat kolam air panas yang memang panas! Kami memulakan perjalanan dari Jitra ke Ulu Legong pada jam 10.00pm dan mengambil masa yang agak lama untuk tiba. Sebabnya, kami sengaja mahu melihat-lihat jalan di sekitar Sik, Baling, melawat Petronas Fertilizer di Gurun (padahal sesat sebenarnya).
Baik selepas tiba di sana. Kami terpesona dengan kolam air yang berwap. Panasnya sama macam air panas. Tapi semangat kami tercabar setelah melihat ada satu keluarga ini, anak kecilnya siap boleh mandi pakai pelampung zirafah lagi dalam kolam air panas itu! Memang tercabar.
Jadi kami segera memanaskan badan (senaman ringan) dan mencelup kaki ke dalam kolam (hendak terjun terus seram, airnya panas!)

Selepas mandi air panas, banyak angin yang keluar. Seorang kawan yang ada migrain berkata kepalanya lega selepas mandi.

Memang meriah kolam air panas Ulu Legong ini. Kami pulang pada jam 4.00 am.

Di Ulu Legong ini juga ada disediakan bilik-bilik untuk di sewa jika berhajat untuk datang bercuti bersama keluarga. Mat Din akan masukkan gambar dan no telefon kemudian.


No comments:

ahmad din