IKLAN

Orang hebat!

Thursday, May 6, 2010

Perdana V6 Hilang Piala Dunia 2010

Terkini!

Pencuri yang jujur dan berbudi bahasa telah memulangkan kembali kereta rasmi Ketua Polis Selangor berserta dengan nota yang bertulis. "Sorry PDRM tesilap sapu." Sumber di sini.



Assalamualaikum kepada semua pembaca blogmatdin. (harap-harap ada yang sudi datang ke blog ini)
Alhamdulillah semalam Mat Din sudah melalui satu lagi pertambahan angka dalam bilangan jangka hayat Mat Din di dunia ini. Hari ini Mat Din hendak kongsikan beberapa berita yang 'pelik bin ajaib'.

Berita yang pertama ialah mengenai kehilangan sebuah kereta. Tiba-tiba Mak Cik Nur menyampuk Mat Din "Apa yang peliknya kalau hilang kereta? Biasalah kalau hilang-hilang barang ini. Lalai."

Mak Cik Nur, memanglah kejadian jenayah ini nampak seperti biasa saja. Tetapi Mak Cik Nur tahukah kereta siapa yang hilang itu?

"Kereta siapa yang hilang itu Mat Din?"

Kereta yang hilang itu kereta rasmi Ketua Polis Selangor.

Mulut Mak Cik Nur terngaga. "What? Berani betul penjenayah sekarang, kereta polis pun turut dicurinya. Kalau macam itu kereta kita ini lagilah senang penjenayah itu curi nanti."
Berita kedua yang boleh menjadi lawak antarabangsa pula ialah berita di

bawah ini.

Kata-kata seorang bapak Menteri "Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh
mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen,
jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram."

Kata seorang penjudi 'haram' pula. "Oh kalau begitu kita perlu berjudi di tempat yang ada lesen selepas ini nampaknya, barulah halal!"

Tiba-tiba seorang anak kecil bertanya kepada ibunya. "Adakah judi yang halal ibu?"

Disebabkan berita ini telah ramai ibu bapa dan ustaz-ustaz yang pergi ke klinik kerana mengalami simptom pening dan sakit kepala. Semuanya angkara hendak menjawab soalan daripada anak-anak kecil mereka.

Hmm... Apa sudah jadi? Manusia semakin pelik!

Sumber berita dari sini dan sini.



No comments:

ahmad din