IKLAN

Orang hebat!

Wednesday, April 28, 2010

Gerabak Khas KTM

Membaca berita dalam sebuah berita online pada hari ini satu cadangan yang hebat telah berjaya di laksanakan di Malaysia ini bertujuan untuk melindungi kaum wanita.


Mat Din menyokong penuh usaha ini kerana tiada sebab untuk kita tidak menyokong idea yang mendatangkan kebaikan seperti ini. Mengasingkan penumpang wanita di dalam satu gerabak yang berasingan adalah usaha yang harus dipuji. Keselamatan penumpang wanita di dalam KTM akan lebih terbela daripada berlaku pelbagai gangguan terutamanya pada waktu puncak penggunaan kereta api dengan keadaan yang bersesak-sesak.


Untuk rekod bacaan Mat Din langkah mengasingkan pemumpang wanita yang menaiki kereta api ini sudah direalisasikan terlebih dahulu oleh Jepun dan Negara Eropah.



Tahniah kepada KTM yang telah menjadi pengasas kepada idea ini di Malaysia. Semoga selepas ini banyak lagi kemudahan yang disediakan oleh penyedia pengangkutan awam. Akhirnya Mat Din yakin bahawa pengguna akan menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan yang pertama kerana mereka selesa menggunakannya.



Tahniah KTM!

Sumber 1, 2.

2 comments:

Khadijah Zek said...

setuju sangat bila KTM nak buat macam tu..

Ariffuddin Sani said...

Yap, saya juga amat setuju. Mudah dan tak menyesakkan.

ahmad din