IKLAN

Orang hebat!

Monday, August 31, 2009

10 Ramadhan 1430 hijrah.

Assalamualaikum kepada seluruh pemburu Lailatul Qadar.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hari ini adalah hari kesepuluh ramadhan iaitu genap sepuluh hari seluruh umat Islam melaksanakan ibadah puasa. Sepanjang sepuluh hari kita berpuasa ini terasa terlalu cepat masa berlalu. Hari ini juga adalah merupakan ulang tahun sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-52 dengan bertemakan ’1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, sambutan kemerdekaan yang ke-52 ini disambut di Dataran Parlimen yang telah diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Namun demikian disebalik ulangtahun sambutan kemerdekaan ini satu berita dan pengistiharan yang tidak dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia telah diumumkan. Kenaikan harga minyak itu adalah seperti berikut:


RON 97 = RM1.80 -> RM2.05
RON 95 = RM1.75 -> RM1.80


Ramai dikalangan rakyat yang tertanya-tanya dengan kenaikan harga minyak ini. Adakah ini merupakan hadiah sempena meraikan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52 ini. Rakyat amat bimbang dengan kenaikan harga minyak ini. Tambahan pula musim perayaan akan tiba tidak lama lagi. Seperti kebiasaan yang berlaku apabila tiba musim perayaan, harga barang akan meningkat dengan mendadak.

Kenaikan harga minyak pada hari ini akan menyumbang kepada kenaikan harga barang dengan lebih teruk ditambah lagi dengan keadaan ekonomi yang masih lagi belum stabil.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kena cari bahan api yang lebih murah untuk diisi dalam tangki minyak motor.

No comments:

ahmad din